Michael Kors beli jenama Jimmy Choo pada harga RM7.3 bilion

0
39

LONDON: Pereka fesyen, Michael Kors telah bersetuju untuk membeli jenama mewah Jimmy Choo pada harga AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion).

Jimmy Choo, yang terkenal dengan jenama kasut dan aksesori stiletto, meletakkan jenamanya untuk dijual pada April lalu kerana majoriti pelabur JAB akan meningkatkan fokus kepada barangan pengguna.

Di bawah terma perjanjian, Michael Kors akan membayar 230 pence secara tunai untuk setiap saham Jimmy Choo – iaitu jumlah premium 36.5 peratus daripada harga sahamnya sebelum proses penjualan diumumkan.

Michael Kors, merupakan jenama antarabangsa yang sedang bergelut dengan penurunan jualan pada suku awal tahun ini.

Jenama itu kini sedang berkembang dalam mengeluarkan produk pakaian untuk lelaki dan perempuan serta melabur dalam perniagaan atas talian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here