Militan tagih pengiktirafan Daesh

0
56


LORI askar Filipina kelihatan di Marawi. – Foto AFP

MARAWI: Militan yang mengepung bandar raya di selatan Filipina, merancang melancarkan siri serangan sepanjang Ramadan bagi mendapat pengiktirafan Daesh.

Ketua Turus Staf Tentera, Jeneral Eduardo Ano, berkata kumpulan itu mahu diiktiraf sebagai cabang wilayah kumpulan Daesh.

“Kumpulan itu mahu menunjukkan kepada dunia, ada cabang Daesh di sini, yang boleh mencetuskan keganasan seperti di Syria dan Iraq,” katanya.

Tentera berjaya merampas kira-kira 70 peratus Marawi, yang menjadi lokasi pemberontak bertempur dengan tentera selama seminggu.

Keganasan menyusul serangan tentera dalam cubaan menangkap komander militan, Isnilon Hapilon, yang diiktiraf Daesh sebagai pemimpin di Filipina.

Hapilon berjaya melarikan diri dan penyerang yang setia dengannya mengepung bandar raya dengan 200,000 penduduk itu, membakar bangunan dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.

Ano berkata, penyerang sedia bertempur kerana ia adalah rancangan serangan ketika Ramadan. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here