'Milner banyak bantu saya'

0
9
Advertisement



PEMAIN sayap Liverpool, Trent Alexander-Arnold percaya penting buat England memiliki pemain berpengalaman seperti James Milner di bilik persalinan pasukan bagi membantu perkembangan pemain muda.

Peluang buat Alexander-Arnold di Liverpool terbuka lebih awal daripada jangkaan tahun ini berikutan kecederaan jangka panjang pertahanan kanan, Nathaniel Clyne dan pemain serba boleh Joe Gomez.

Pemain 19 tahun yang juga graduan akademi Liverpool itu menampilkan beberapa prestasi mengagumkan tetapi berkata, ia mungkin mustahil tanpa sumbangan Milner di dalam atau luar padang.

“James banyak mengajar saya,” kata Alexander-Arnold. “Seperti saya, dia tiba ketika usia yang amat muda dan dia sentiasa di sana jika saya memerlukan seseorang.

“Penting untuk mempunyai orang seperti ini di sekitar anda. Di Liverpool dia adalah salah seorang pemain yang mempunyai karier yang amat berjaya.

“Dia tahu bagaimana untuk menang dan bagaimana ia dilakukan. Dia memberikan bantuan yang besar kepada saya musim ini.”

Prestasi cemerlang Alexander-Arnold menyaksikan jurulatih England, Gareth Southgate menyenaraikan namanya dalam skuad Piala Dunia England dan dia membalasnya dengan baik pada penampilan sulung ketika menewaskan Costa Rica 2-0 pada aksi persahabatan minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here