MIRF 2018 sasar RM70 juta transaksi jual beli

0
101
Advertisement

SHAH ALAM: Buat kali ketiga, Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) akan mengadakan Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa (MIRF) tahun ini.

Acara tahunan yang dijadualkan berlangsung Julai tahun ini dijangka mengumpulkan lebih 150 peruncit dari dalam dan luar negara.

Menurut Presiden MRCA, Datuk Gary Chua, seperti tahun lalu, acara itu akan menjadi platform terbaik bagi peniaga runcit dan francais mengetengahkan jenama serta produk mereka.

“Kami yakin pameran tahun ini akan menarik lebih ramai peniaga dan peruncit baharu, berdasarkan kejayaan dua edisi sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Shah Alam, baru-baru ini.

Tahun lalu sahaja, kira-kira RM65 juta transaksi jual beli dalam acara itu.

“Kami menyasarkan transaksi sehingga RM70 juta tahun ini, dan 25,000 pengunjung akan hadir berbanding 21,000 pengunjung tahun lalu.

“Peruncit dan peniaga francais bukan sahaja boleh mempromosikan produk mereka kepada pengguna tetapi mereka juga berpeluang melebarkan perniagaan mereka ke luar negara kerana acara ini juga membabitkan usahawan serta jenama dari luar.

“Jadi inilah masa terbaik untuk usahawan tempatan mengembangkan jenama dan produk mereka,” kata Pengerusi Penganjur, Raymond Woo.

Bagi orang ramai yang baru hendak berjinak-jinak dengan bidang perniagaan runcit dan francais, pameran ini juga mampu menjadi platform terbaik untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan bertukar-tukar idea.

“Banyak peruncit dan francais bertaraf mega yang turut sama dalam pameran ini. Banyak yang mereka boleh kongsi terutamanya peniaga-peniaga kecil dan mereka yang baru berjinak-jinak menceburi bidang ini,” tambah Raymond.

MIRF tahun ini akan berlangsung dari 26 Julai hingga 28 Julai 2018, bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here