Misi balas dendam TFC II

0
121
Advertisement



KUALA TERENGGANU: Terengganu FC II (TFCII) bukan saja berhasrat mengutip mata penuh di laman sendiri, malah ingin membalas dendam ke atas Sabah dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat ini.

Kekalahan 0-4 di tangan skuad jolokan The Rhinos di Stadium Likas pada aksi pembuka tirai saingan musim ini masih dirasai pasukan berkenaan sehingga kini.

Pengendali TFC II, Mustaffa Kamal Abd Wahab, berkata misi utama pasukannya kini ialah mahu memastikan kemenangan ke atas Sabah terlebih dulu untuk keluar dari zon penyingkiran.

Katanya, sekalipun pasukannya berada di kedudukan tercorot, namun jurang mata dengan enam pasukan di atas hanya dibezakan empat, dua dan satu mata saja.

“Perlawanan dengan Sabah akan menentukan nasib pasukannya dan kita memang mengharapkan mata penuh dalam perlawanan di laman sendiri Jumaat ini.

“Kemenangan tidak semestinya dibalas dengan kemenangan besar sebaliknya tiga mata penuh memadai dan menjadi keutamaan kami untuk memastikan pasukan ini keluar zon penyingkiran,” katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.

Mustaffa Kamal berkata, prestasi pasukannya kini di tahap terbaik dengan merakam dua kemenangan berturut-turut tempoh hari ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UiTM.

Katanya, dia berharap cuti rehat selama dua minggu ini tidak menjejaskan momentum permainan pasukannya sebaliknya pemain memberikan aksi bertenaga dalam perlawanan itu.

“Saya tidak berdepan masalah kecederaan atau penggantungan tonggak utama untuk diturunkan selain pemain juga sedar perlawanan ini amat penting buat mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here