Misi kemanusiaan buat Rohingya adalah cermin keprihatinan kerajaan

0
48

PASIR SALAK: Misi bantuan kemanusiaan yang dihulurkan Malaysia kepada pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh-Myanmar dilakukan atas dasar kemanusiaan seterusnya mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap penderitaan yang dialami mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tidak semua negara di seluruh dunia melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita berasa bersimpati, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas masyarakat Rohingya. Perdana Menteri telah menyuarakan pandangan serta menghulurkan bantuan kemanusiaan dan memberi layanan sewajarnya kepada pelarian Rohingya,” katanya.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak bercakap kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih Veteran, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak di Felcra Changkat Lada di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri hari ini berkata bantuan makanan dan keperluan seberat 12 tan dihantar ke Chittagong di Bangladesh dengan dua pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 35 sukarelawan iM4U akan turut dihantar dalam misi kemanusiaan itu.

Najib berkata satu pasukan peninjau akan turut dihantar ke Dhaka, Bangladesh pada Isnin depan untuk berbincang dengan Kerajaan Bangladesh mengenai tindakan susulan yang boleh dilakukan dalam membantu pelarian Rohingya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here