Misteri kehilangan penyokong England

0
380
Advertisement



MOSCOW: Seorang rakyat British, Douglas Moreton yang berkunjung ke Russia untuk menyaksikan Piala Dunia dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu menerusi pendedahan saudara mangsa di media sosial.

Jurucakap Kedutaan Britain mengesahkan Moreton dilaporkan hilang dan mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Russia untuk mengesannya.

Menurut saudaranya, kali terakhir Moreton dilihat di Samara yang mana England beraksi menentang Sweden pada suku akhir dan dia dijangka menaiki kereta api pulang ke Moscow.

Beliau percaya Moreton kembali ke Moscow berdasarkan transaksi kad kredit yang digunakan di ibu negara Russia itu.

Berdasarkan keterangan, Moreton memiliki ketinggian 1.67 meter, bertutur dengan loghat Bristol, memakai cermin mata dan jarang bercukur.

England mara ke separuh akhir menentang Croatia pada separuh akhir Piala Dunia awal pagi ini. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here