Mistik 'Pengabdi Setan' bawa Bront Palarae merantau

0
67
Advertisement

KUALA LUMPUR: “KEKUATAN karya itu sendiri yang merencanakan perjalanannya daripada satu festival, ke satu festival yang lain,” ulas pengarah muda dan pelakon terkenal, Bront Palarae, mengenai kejayaan filem Pengabdi Setan arahan sutradara Indonesia, Joko Anwar.

Kata Bront, kejayaan itu membuktikan kerjasama pasukan di sebalik tabir pembikinan filem itu, diperakui dan dipersetujui khalayak filem antarabangsa.

“Filem itu macam karya yang sudah selesai, maksudnya ini adalah nasib filem itu sendiri serta penerimaan khalayak filem antarabangsa daripada satu festival ke satu festival. Ia merupakan penerimaan yang lebih meluas, dan bagi saya itu itu hasil kerjasama semua orang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan, Pengabdi Setan bakal ke persada antarabangsa selepas terpilih untuk menyertai festival filem, “What the Fest!?” yang bakal berlangsung di New York dari 29 Mei hingga 1 April depan.

Ia juga merupakan satu-satunya filem dari Asia yang terpilih untuk menyertai festival yang menghimpunkan karya-karya seram dan sains fiksyen terbaik dari serata dunia itu tahun ini.

BACA: Bront Palarae bakal ke New York? 

Filem itu, yang sudah pun ditayangkan di 46 buah negara, telah mencatatkan kutipan sebanyak USD11.5 juta (anggaran RM44.9 juta) di Indonesia dan USD1.5 juta (anggaran RM5.8 juta) di Malaysia.

Ia juga merupakan kali ke-dua hasil kerjasama antara Bront dan Joko, di mana mereka pertama kali bergandingan melalui drama siri Halfworlds terbitan HBO Asia pada tahun 2015.

Dalam pada itu, Bront berharap agar kejayaan yang dikecapinya sedikit sebanyak dapat menjadi inspirasi kepada pengarah dan pelakon tanah air, dan saling berganding bahu untuk membawa martabat karya Malaysia ke tahap antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here