Mitsubishi cari bayi bernama Pajero Sport

0
53



Jakarta: Mitsubishi Indonesia mencari seorang bayi lelaki bernama Pajero Sport selepas kanak-kanak berkenan yang dinamakan sempena nama kenderaan buatan Jepun itu tular di media sosial.

Liputan 6 melaporkan, bayi itu tular di Internet selepas satu kad yang mengumumkan kelahiran kanak-kanak berkenaan dimuat naik di laman sosial baru-baru ini.

Dalam kad berkenaan, bayi yang dinamakan Pajero Sport itu adalah anak kepada pasangan M Muis Iskandar dan Novi Yanti yang lahir pada 26 April lalu.

Pajero Sport adalah nama model kenderaan pacuan empat roda keluaran Mitsubishi yang popular di Indonesia.

Selepas bayi itu tular di Internet PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) selaku ejen tunggal Mistubishi di Indonesia dilaporkan mahu mencari kanak-kanak berkenaan.

Perkara itu diumumkan ketua perhubungan awam dan tanggungjawab sosial korporat MMKSI, Intan Vidiasari dalam akaun media sosial syarikat itu yang dikenali sebagai Mamabishi.

“Sesiapa yang mengenali atau mempunyai nombor telefon keluarga bayi bernama Pajero Sport dan anak keempat pasangan M Muis Iskandar dan Ibu Novi Yanti sila hubungi Mamabishi.

“Mamabishi teringin bertemu dengan bayi itu untuk mengucapkan selamat dan terima kasih,” katanya dalam akaun berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here