Modric kunci Croatia kucup Piala Dunia

0
460
Advertisement



MOSCOW: Luka Modric mengharungi pengalaman luar biasa ke final Piala Dunia – melarikan diri dari rumah pada zaman kanak-kanak ketika perang menuntut kemerdekaan Croatia sebelum mendapat status bintang.

Kapten Croatia itu juga berjaya mengatasi cabaran kekurangan dari aspek fizikal untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini.

Sebagai antara pelarian kanak-kanak, Modric mengasah bakatnya di tempat letak kereta sebuah hotel dengan tiada siapa pun yang menontonnya.

Namun, esok, jutaan penonton di seluruh dunia akan menyaksikan kelibatnya apabila Croatia berdepan Perancis di Moscow.

“Seorang kanak-kanak berlatih di bawah bangunan dan membesar semasa peperangan tidak pernah mengenal erti ketakutan,” kata Marijan Buljat iaitu teman dan rakan sepasukan Modric di NK Zadar kepada AFP.

“Ia adalah teruk untuk melakukannya, tetapi akhirnya Modric membuktikan betapa dia kuat dalam semua situasi.

“Itu semua menyumbang sesuatu kepadanya untuk menjadi individu yang berani dan muncul salah seorang yang terbaik di dunia.”

Kini, kerjaya bola sepak yang akhirnya membawa Modric merangkul empat kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid selepas berhijrah dari Tottenham Hotspur.

“Dia memiliki mental yang sangat kuat,” kata bekas jurulatihnya, Josip Bajlo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here