Modric pemain terbaik

0
609
Advertisement



MOSCOW: Kapten Croatia, Luka Modric menerima anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik Piala Dunia, walaupun pasukannya tewas 2-4 kepada Perancis dalam aksi final di Moscow, sebentar tadi.

Sebelum ini, Modric pernah dipilih selaku pemain terbaik sebanyak tiga kali ketika Croatia mengharungi tujuh perlawanan di Russia.

Namun, perancang tengah Real Madrid itu seolah-olah hilang kawalan untuk menghalang gerakan pemain Perancis terutama pemain sensasi berusia 19 tahun, Kylian Mbappe, yang turut dipilih menerima anugerah Pemain Muda Terbaik.

Mbappe meledak empat gol termasuk satu gol ketika final menentang Croatia.

Sementara itu, Harry Kane pula sukar digugat bagi anugerah Kasut Emas selaku penjaring gol terbanyak kejohanan dengan jumlah enam gol.

Bintang Tottenham itu mendahului dengan dua gol, mengatasi Antoine Griezmann dan Mbappe, yang masing-masing turut meledak jaringan ketika Perancis menang ke atas Croatia.

Kane adalah kapten England pertama yang menerima anugerah itu selepas Gary Lineker melakukannya pada 32 tahun lalu.

INFO: ANUGERAH PIALA DUNIA

Pemain Terbaik – Luka Modric (Croatia)

Pemain Muda Terbaik – Kylian Mbappe (Perancis)

Penjaga Gol Terbaik – Thibaut Courtois (Belgium)

Pemenang Kasut Emas – Harry Kane (England)

INFO: SENARAI PENJARING TERBANYAK PIALA DUNIA

6 gol: Harry Kane (England) –

4 gol: Cheryshev (Russia), Ronaldo (Portugal), Griezmann (Perancis), Lukaku (Belgium), Mbappe (Perancis)

3 gol: Cavani (Uruguay), Diego Costa (Sepanyol), Dzyuba (Russia), Eden Hazard (Belgium), Mandzukic (Croatia), Mina (Colombia), Perisic (Croatia)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here