Mohammed Nor pengerusi baharu TH

0
370
Advertisement

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) melantik bekas pengerusi eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof sebagai pengerusi baharunya.

TH juga menamakan bekas ketua pegawai eksekutif BIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Zukri Samat sebagai ketua pegawai eksekutifnya yang baharu.

Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini, kata Mohammed Nor, hari ini.

“Ia satu tanggungjawab yang berat namun apa yang paling penting adalah ia amanah daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Saya rasa ia adalah satu penghormatan yang besar.

“Sifat tugas ini adalah suatu yang sangat mulia dan bagi saya dan Zukri kami fikir ini adalah satu tugas yang sangat mulia,” katanya.

Mohammed Nor berkata berkata pelantikannya sebagai Pengerusi TH sepatutnya berkuat kuasa 10 Julai namun Dr Mahathir mahu bertemu dengan mereka secara peribadi terlebih dahulu, justeru ia berkuat kuasa hari ini.

“Saya rasa Dr Mahathir memegang dahulu surat itu dan mahu mencari peluang untuk bertemu saya dan Zukri. Saya fikir beliau secara peribadinya mahu memberikan sendiri surat itu kepada saya,” katanya.  

Sebelum ini, Mohammed Nor pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Malaysia Airlines System dari Februari 2001 hingga Mac 2004.

Menurutnya, beliau menjangkakan cabaran dalam menggalas tugas tersebut tetapi ia lebih bermakna kerana tugasan yang dipertanggungjawabkan itu berkaitan dengan agama dan rukun Islam.

Ditanya bagaimana beliau akan membuat perubahan dalam organisasi itu pada masa hadapan, Mohammed Nor minta diberikan sedikit peluang.

“Sudah tentunya kami akan tampil dengan apa yang kami dapatkan dan apa yang kami fikir kami perlu lakukan. Tidak ada masa untuk duduk bersenang lenang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here