Momota singkir Liew Daren

0
326
Advertisement



PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren gagal meneruskan rentak kemenangan pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2018 apabila tumpas kepada bintang muda dari Jepun, Kento Momota di separuh akhir hari ini.

Daren terpaksa melupakan hasratnya melangkah ke final buat pertama kali pada kejohanan berkenaan selepas tunduk kepada Momota 16-21, 5-21 pada aksi yang berlangsung selama 37 minit di Pusat Sukan Olimpik Nanjing, China. 

Prestasi mengecewakan pemain Malaysia berusia 31 tahun itu pada perlawanan hari ini, dikatakan ada kaitan dengan kecederaan buku lali kanan dialaminya pada set kedua aksi suku akhir menentang seorang lagi pemain Jepun, Kanta Tsuneyama, semalam.

Namun, pencapaian Daren pada Kejohanan Dunia kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah diraihnya sepanjang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama 12 tahun, sebelum beliau membuat keputusan meninggalkan badan induk itu pada awal 2016 ekoran kemerosotan prestasinya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik pemain yang bernaung di bawah Akademi Badminton Air Asia itu ketika bersama BAM adalah muncul juara Terbuka Perancis 2012, selain mara sehingga ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here