Monkey King inspirasi skuter terbang [VIDEO]

0
187
Advertisement



SELEPAS 1,559 kali mencuba, pereka China akhirnya berjaya menerbangkan skuter iaitu dron dalam bentuk motosikal dan berharap dapat memasarkan produk berkenaan tidak lama lagi.

Zhao Deli, 40, dari Dongguan, wilayah Guangdong, yang membina dron skuter dengan lapan kipas itu berharap dapat memasarkan ciptaannya itu dengan harga antara A$5,500 (RM22,563) hingga A$7,200 (RM29,537) mulai tahun depan.

“Impian saya menjadi kenyataan dengan penerbangan sulung ini iaitu penerbangan percubaan yang ke 1,560,” katanya.

Menurut South China Morning Post, beliau menamakan dron itu Jin Dou Yun bermaksud Awan Ajaib iaitu awan yang dinaiki watak fiksyen China, Monkey King.

Skuter mempunyai enjin di bawah tempat duduk untuk menggerakkan lapan kipas itu berjaya diterbangkan Zhao bulan lalu, dan mendarat dengan selamat.

Menurutnya, skuter itu mampu membawa bebanan antara 50 hingga 100 kilogram dengan kelajuan maksimum 70 kilometer sejam, manakala baterinya tahan selama 30 minit.

Namun, tidak mudah untuk menghasilkan skuter terbang dan cubaannya menerbangkannya tanpa pemandu gagal ribuan kali, malah terpaksa menjual rumah dan meminjam wang bagi meneruskan projek skuter terbang itu.

Kini menurutnya, dia akan memperkemaskan dron berkenaan, termasuk memasang bahagian luaran agar skuter berkenaan kelihatan menarik serta bercadang menerbangkannya merentasi Sungai Kuning.

link gambar:

http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-6066529/Chinese-inventor-…

Kredit gambar: EPA

SHARE
Previous articleNiena terkejut
Next articleMagnitud 7.2 kali ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here