Mop sendiri muntah anak di kedai serbaneka, Fazley Yaakob dipuji

0
400
Advertisement

TINDAKAN selebriti chef, Datuk Fazley Yaakob membersihkan muntah anaknya sendiri di lantai salah sebuah kedia serbaneka mendapat pujian peminat.

Menerusi video yang dikongsikan Fazely Yaakob di akaun Instagram (IG) peribadinya menunjukkan dia sedang mengemop lantai sambil diperhatikan anaknya, Ahmad Firudz yang difahamkan baru sahaja termuntah.

Video tersebut mendapat perhatian pengikut IG yang rata-rata memuji cara Fazley yang dikatakan sebagai contoh terbaik.

BACA: “Bagusnya bacaan doa untuk arwah bapa”- Peminat puji Fazley Yaakob

BACA: “Campak makanan? Saya pun tak setuju” – Datuk Fazley jelas konsep ‘Sweet Table’

Fazley dalam entri tersebut memberitahu ketika bawa anaknya ke kedai serbaneka tersebut, anaknya tiba-tiba termuntah.

Bimbang muntah itu dipijak oleh orang lain, Fazley terus bertindak mengemop serta membersihkannya sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here