Mother!, untuk tontonan yang 'open-minded'

0
51
PERNAHKAH anda ke pawagam semata-mata untuk menikmati jalan cerita sesebuah filem tanpa mahu memikirkan kenapa dan mengapa cerita itu mengambil jalan cerita sedemikian?

Itulah mindset yang penulis bawa bersama tatkala ditugaskan untuk  menonton dan membuat ulasan filem ini.

Di Barat, buah tangan terbaharu Darren Aronofsky ini ditafsirkan sebagai sebuah kiasan kepada kepercayaan Kristian. Namun penulis percaya bukan semua karya seni perlu ditafsirkan pada peringkat tertinggi.

Tarikan utama Mother! tentulah pada heroinnya, Jennifer Lawrence sebagai Mother, dibantu Javier Barden, sebagai Him.

Secara asasnya, ia berkisarkan kepada kehidupan Mother sebagai isteri Him, penulis yang mengalami sindrom writer’s block selepas insiden kebakaran rumah yang menjadi kediamannya selama bertahun-tahun.

Masalah mula timbul apabila Him cukup selesa menerima tetamu tidak diundang dan tidak dikenali ke rumah mereka.

Mother yang menghabiskan banyak masa untuk ‘membina’ kembali rumah yang diharapkan menjadi syurga buat mereka sekeluarga, tidak senang dengan situasi itu dan merasakan Him sengaja berbuat demikian kerana merasakan kehadirannya tidak cukup untuk memberi kebahagiaan.

Situasi pada mulanya dirasakan akan kembali seperti sediakala apabila Mother hamil, namun sebaliknya pula berlaku.

Dan bermula di sinilah keterbukaan minda anda sebagai penonton amat diperlukan.

Jennifer Lawrence bawa watak Mother, isteri yang tertekan dengan 'keterujaan' suaminya, Him (Javier Barden), menerima tetamu tidak diundang.FOTO/United International Pictures

Penulis bukan pengikut karya Aronofsky, jauh sekali penggemarnya. Dan penulis juga tidak akan berbohong dan mengatakan kiasan yang cuba disampaikannya jelas dan dapat difahami.

Tetapi di sinilah keistimewaan Mother! Penonton bebas mencorakkan tafsiran sendiri, dan tiada sesiapa yang boleh mengatakan ia salah.

Tanpa menafikan mesej tersirat yang ingin disampaikan, Mother!, pada pandangan penulis, sebuah karya artistik yang dihasilkan untuk dinikmati tanpa prejudis dan penilaian. Ia tidak dihasilkan untuk diberi makna tertentu.

Mother! pilihan terbaik untuk penggemar filem yang mahukan kelainan dan karya ‘di luar kotak’.

Penonton hanya perlu membawa minda yang kosong ke pawagam. Do not bring any expectations.

Mother! mula ditayangkan di seluruh negara pada 28 September.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here