Mourinho hilang khidmat Matic

0
59
Advertisement



CHICAGO: Tidak ada khabar gembira buat pengurus Manchester United, Jose Mourinho dalam sehari ini.

Selepas anak buahnya dibelasah 1-4 oleh Liverpool pada saingan Piala Juara Antarabangsa, beliau dimaklumkan pemain tengah Serbia, Nemanja Matic pula tidak akan dapat beraksi pada perlawanan pembukaan musim baru nanti.

Matic mengalami kecederaan ketika mewakili negaranya di Piala Dunia di Russia dan sudah menjalani pembedahan di Philadelphia. Mourinho bagaimanapun enggan mendedahkan jenis kecederaan yang dialami anak buahnya itu.

“Dia tidak akan dapat beraksi pada awal musim nanti,” kata beliau di dalam laman web rasmi United.

“Dia pulang dari Piala Dunia dengan kecederaan dan tempoh rehat selepas itu tidak cukup untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

“Saya sendiri tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk kembali cergas.”

Mourinho sangat terasa dengan ketiadaan Matic di benteng pertahanan apatah lagi anak buahnya gagal menghalang amukan pemain Liverpool di dalam lebih 100,000 penyokong di Ann Arbor, Michigan.

Penyerang Swiss, Xherdan Shaqiri yang baru dibeli dari Stoke City, meledak gol pertama pada penampilan sulungnya bersama Liverpool menerusi jaringan menarik.

Sadio Mane membuka jaringan buat Liverpool apabila menyempurnakan penalti sebelum Andreas Pereira menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu.

Pemain gantian, Daniel Sturridge menjadikan kedudukan 2-1 selepas 66 minit sebelum Sheyi Ojo menyempurnakan penalti kedua Liverpool selepas Andrew Robertson dikasari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here