Mourinho yakin England boleh gegar Russia

0
528
Advertisement



JOSE Mourinho percaya England mampu memberikan persembahan baik di Piala Dunia kerana memiliki gabungan pemain muda dan berpengalaman untuk menangani tekanan dalam kejohanan besar.

England memulakan kempen Kumpulan G menentang Tunisia pada Isnin ini dengan Gareth Southgate memiliki pemain yang tidak banyak mengumpul kap di pentas antarabangsa tetapi berpengalaman dalam kancah Liga Juara-Juara.

Empat pemain Manchester United, Phil Jones, Ashley Young, Jesse Lingard dan Marcus Rashford berada dalam skuad kebangsaan dan Mourinho yang juga pengurus kelab itu yakin Three Lions boleh menyerlah di Russia.

“Mereka memiliki barisan pemain muda tapi berpengalaman,” kata Mourinho.

“Mereka semua bermain dalam kejohanan kompetitif di dunia, Liga Perdana dan mewakili pasukan terbaik beraksi dalam Liga Juara-Juara di mana saingan di kejohanan itu amat tinggi. Ya, saya fikir mereka boleh melakukannya.”

Jerman, Perancis, Sepanyol dan Brazil mungkin antara pasukan pilihan namun Mourinho memberi amaran kepada pasukan berkenaan.

“Mereka mempunyai skuad yang bagus tapi skuad yang bagus tidak selalunya boleh beraksi dengan baik,” tambahnya.

“Kadang kala tak perlu ada skuad bagus, tapi saya tak fikir pasukan ‘underdog’ akan melakukan kejutan.

“Pada saya, pasukan hebat dari Amerika Selatan dan Eropah yang akan merebut kejuaraan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here