Mr. Os Pelakon Komedi Popular Meninggal Dunia

Mr. Os Pelakon Komedi Popular Meninggal Dunia

Mr.Os atau Mohd Yusof Abdul Hamid, pelakon serta pelawak komedi popular telah disahkan meninggal dunia pada pukul 2:15 hari ini ( 8 April ). Jenazah dikatakan akan dikebumikan di Selayang.

Anak perempuan arwah sendiri telah mengesahkan pemergian arwah kira kira 30 minit lalu di laman sosial Facebook miliknya, “Husna Yusof”.
Arwah pernah menggondol gelaran Pelakon komedi terbaik pada tahun 1987 dan 1997 serta memenangi pertandingan MaharajaLawak Mega dengan gelaran Juara bersama rakan baik Allahyarham, pelawak Abon pada tahun 2011. 
Allahyarham yang lahir ada tahun 1951 baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke 65 tahun beberapa hari yang lalu. 
Salam Takziah buat keluarga serta kenalan rapat arwah. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.
Al-fatihah.

Leave a Comment