MSM patuh keputusan kerajaan untuk kekalkan harga gula

0
88



KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd, pengeluar gula bertapis terbesar negara, menghormati keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan harga gula bertapis.

Peneraju pasaran tersebut, dengan penguasaan pasaran tempatan sebanyak 60 peratus berkata, gula telah diwartakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Penentuan Harga Maksimum – No.2, Peraturan 2017).

Orang ramai perlu yakin bahawa MSM komited untuk menyediakan bekalan gula yang mencukupi untuk negara, terutamanya sempena sambutan perayaan Aidilfitri akan datang, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat tersebut berkata walaupun terdapat penurunan beransur-ansur harga gula mentah antarabangsa, komoditi gula global beroperasi secara sukar dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu.

“Kami terus berbincang dengan kerajaan dan sentiasa memaklumkan kepada mereka mengenai perkembangan terkini pasaran gula global dan berharap mencapai hasil yang positif ,” kata MSM.

MSM ialah anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd dan produk utamanya, Gula Prai, merupakan jenama gula premium di Malaysia.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here