MTDC mahu penerima dana bangun visi bersama – Norhalim

0
128
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) mahu program bersama penerima dana baru menjadi platform agensi itu membangun visi bersama usahawan dalam cabang perniagaan yang diceburi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus berkata, ia sekali gus landasan untuk menjelaskan harapan agensi itu sendiri selain sesi pengenalan bersama penerima dana yang lain.

“Kerana dalam pengalaman kita selama 26 tahun ini, kita mendapati apabila kita mengadakan hubungan kerjasama bersama penerima dana dengan jaringan masing-masing, kita dapati syarikat ini boleh mengurangkan masa perkembangan mereka, kedua mengurangkan risiko dan ketiga mempercepatkan penembusan pemasaran.

“Jadi semua kegiatan MTDC adalah untuk membantu penerima dana kita mencapai visi yang mereka bina sendiri,” katanya semasa ditemui pada program induksi dan jaringan usahawan teknologi MTDC di sini, hari ini.

BACA: Setiap pihak perlu ada pemikiran keusahawanan untuk capai Industri 4.0

BACA: 

MTDC terus jadi rakan kongsi usahawan, universiti – Norhalim

Kira-kira 40 buah syarikat menyertai program tersebut sekali gus menerima dana daripada MTDC.

Bagaimanapun kata Norhalim, pihahknya selalu mengingatkan penerima dana ia adalah dana awam.

“Walaupun mereka mungkin ada visi sendiri untuk membangunkan syarikat tetapi visi besar sebenarnya untuk membangunkan sekumpulan usahawan teknologi yang kita boleh dibanggakan

“Ia merupakan mereka yang boleh mengeksport produk ke seluruh dunia. Ini kita boleh lakukan apabila kita bekerjasama dan bantu membantu, saling memberikan kerjasama dan satu sama lain untuk sama-sama membangun sebagai syarikat teknologi yang boleh bersaing di pasaran antarabangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Norhalim menjelaskan MTDC bukanlah bank walaupun mereka memberi dana yang perlu dibayar semula atau ditukar dalam bentuk saham.

“Apabila kita melabur dalam syarikat dan kita menjadi rakan niaga, maknanya apa yang diperlukan, bantuan yang diperlukan sentiasa boleh diberitahu kepada MTDC.

“Kita perlu tadbir urus baik supaya dua-dua pihak dapat menguruskan projek dan jana pendapatan besar.

“Kita agensi yang melabur, kita bukan beri geran. Kita labur dalam syarikat dan usahawan. Ini imej dalam MTDC yang ingin kita jelaskan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here