MU ikat Tok Gajah di Paya Rumput

0
402
Advertisement



PAHANG sekadar terikat 2- 2 ketika berdepan Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan hajat skuad Tok Gajah untuk menamatkan musim selaku naib juara sedikit terjejas.

Pahang lebih awal berada di depan menerusi Issey Nakajima yang meledak gol pembukaan pada minit ke-8 tetapi ia hanya bertahan selama tujuh minit apabila bekas penyerang Tok Gajah, R Gopinathan menyamakan kedudukan.

Gol itu melonjakkan semangat pemain Hang Tuah yang menggandakan asakan dan berjaya mendahului 2-1 menerusi Yahor Zubovich pada minit ke-24 hasil hantaran lintang Gopinathan.

Keceriaan Melaka yang dibimbing jurulatih, E Elavarasan turut tidak kekal lama apabila Iwuji Amutu kembali menyamakan kedudukan buat Pahang di hujung babak pertama.

Babak kedua menyaksikan persembahan seimbang buat kedua -dua pasukan menerusi beberapa percubaan bahaya namun gagal menambah jaringan.

Gawang Melaka hampir bocor pada minit ke-55 menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safuwan Baharudin namun berjaya diselamatkan pertahanan tuan rumah.

Anak buah Dollah Saleh hampir muncul pemenang tetapi rembatan Faizal Halim pada minit ke-86 tidak menemui sasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here