Muafakat selamat nyawa rakan [VIDEO]

0
6



SEORANG lelaki terselamat daripada dihanyutkan banjir hasil kerjasama orang ramai dan rakan sekerja yang membantu menariknya keluar dari laluan air deras menggunakan saluran bomba di Yangshuo, wilayah Guangxi, China, minggu ini.

Rakaman usaha menyelamat itu dirakam rakan sekerjanya dan disiarkan di media sosial.

Menurut Daily Mail, mangsa terperangkap di tingkat bawah bangunan, dipercayai garaj kereta apabila kawasan itu dilanda air banjir yang laju.

Lelaki itu berpaut pada tiang bagi mengelak dihanyutkan manakala orang ramai, termasuk dipercayai rakan sekerjanya berusaha menyelamatkannya.

Seorang lelaki kemudian menggunakan hos bomba yang hujungnya diikat tong pemadam api bagi menariknya keluar.

Mereka berjaya menariknya ke atas sebelum orang ramai menariknya ke tingkat atas.

Kawasan selatan China dilanda banjir yang buruk sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan lebih 50 orang terbunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here