Muat naik gambar bersenam di gimnasium, Stacy tiada niat menunjuk

0
15

PENYANYI Stacy mengakui dirinya kerap memuat naik foto bersenam di gimnasium sejak kebelakangan ini.

“Saya akui, saya sering memuat naik foto-foto bersenam di gimnasium. Saya tiada niat menunjuk, tetapi saya mahu aktiviti itu menjadi satu ikutan ramai wanita di luar sana untuk membina stamina.

“Selepas bersalin anak sulung, berat badan saya naik mendadak dan saya tak boleh menyanyi. Sesi senaman banyak membantu saya mengembalikan stamina dan mengurangkan berat badan,” kata Stacy.

Kini Stacy sudah berjaya mendapatkan kembali berat badan asal sebelum bersalin.

“Sebelum bersalin, berat badan asal saya 52 kilogram. Ketika hamil, berat badan saya mencecah lebih 70 kilogram. 

“Selepas melahirkan anak, berat badan saya susah untuk kembali kepada asal dan berlegar sekitar 60 kilogram. Alhamdulillah, bersenam di gimnasium memang banyak membantu saya kembali ke berat badan asal,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Stacy kini sedang dalam rangka promosi lagu terbarunya yang berjudul Cakap ke Tangan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @stacyanam

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here