Mudah atasi Singapura

0
233
Advertisement



KUALA LUMPUR: Skuad bawah 16 tahun negara (B-16) berada di landasan tepat untuk mara ke separuh akhir Kejohanan AFF 2018 selepas menumpaskan Singapura 4-0 dalam saingan Kumpulan B di Stadium Gelora Joko Samudro, Surabaya, Indonesia hari ini.

Selepas tumpas 1-2 kepada Thailand pada aksi pembukaan, ia kemenangan kedua berturut-turut dilakar skuad kendalian Raja Azlan Shah Raja Sho’ib yang mengalahkan Brunei 6-1 pada Jumaat lalu.

Jelas kontroversi membabitkan provokasi melampau penyokong tuan rumah ketika menentang Thailand sebelum ini tidak menjejaskan persembahan pemain muda negara yang terus mempamerkan peningkatan daripada segi persembahan.

Berdepan Singapura, mereka menguasai sepenuhnya permainan sejak mula dan apa yang menarik bahagian pertahanan langsung tidak memberi ruang kepada pemain lawan untuk mencipta jaringan.

Dua gol pada babak pertama menerusi percubaan Alif Daniel pada minit kesembilan dan Harith Naem (m-33) meletakkan anak buah Raja Azlan selesa mendahului permainan.

Fahmi Daniel yang turut menyumbat satu gol ketika menentang Brunei menjadikan kedudukan Malaysia 3-1 sebelum pemain Singapura, Ryan Sanizal menghasilkan gol sendiri untuk keputusan berakhir 4-0.

Kejayaan meraih tiga mata itu membolehkan skuad muda negara berada di tangga kedua namun kedudukan itu mungkin berubah andai Laos berjaya mengalahkan pendahulu kumpulan, Thailand yang beraksi pada malam ini.

Malaysia bakal berdepan Laos pada perlawanan terakhir Selasa ini bagi menentukan slot ke separuh akhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here