Mudah tumbuh di halaman rumah

0
87



Pokok ulam raja dikenali juga dengan kenikir atau nama botaninya cosmos caudatus. Ia adalah tumbuhan herba tropika yang berasal dari Amerika Latin.

Malah dikatakan tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikatl, Malaysia dan negara Asean.

Sejenis spesies bunga intan berayun yang berwarna unggu dan berbunga kecil dan ia boleh dimakan mentah bersama nasi serta dicicah dengan sambal belacan, budu, tempoyak atau cencalok.

Namun terdapat pokok ulam raja yang berbunga kuning, tapi jarang dijadikan ulam.

Berdasarkan kajian, ulam raja mengandungi tiga peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Ia herba semusim yang boleh mencapai ketinggian hampir dua meter. Batangnya berwarna hijau tua dan ‘keunguan’ sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Pokok ulam raja senang ditanam menggunakan keratan batang dan biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang serta sesuai ditanam pada ketinggian 200 meter dari aras laut.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua.Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning ‘keunguan.’

Ulam raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu bunga.

Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat.

Pada masa sama tumbuhan ini sangat sesuai ditanam di dalam pasu sekiranya tinggal di rumah bertingkat seperti flat atau apartmen.

Daunnya digunakan secara tradisi untuk melancarkan peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang.

Ulamnya dikatakan mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) sangat tinggi iaitu setiap 100 gram ulam segar mengandungi lebih 20 jenis bahan antioksida.

Malah keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Sumber – Jabatan Pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here