Mukhriz jual saham Opcom

0
113
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pengasas Opcom Holdings Bhd Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menjual 43,600 saham dan 605,000 saham syarikat, masing-masing pada 2 Jan dan 3 Jan, 2018.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat gentian optik itu berkata kepentingan langsung Mukhriz dalam syarikat berkenaan kini sebanyak 40.61 juta saham yang bersamaan 25.18 peratus selepas penjualan berkenaan.

Opcom ditutup setengah sen lebih tinggi kepada 37.50 sen dengan 2.19 juta unit diniagakan hari ini. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here