"Mungkin awak tidak berapa bijak dengan otak awak" – Suami Nora Danish, Bossned lampias kemarahan

0
53
Advertisement
KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon jelita Nora Danish, Nedim Nazri atau Bossned menyatakan rasa kecewa terhadap sikap pengguna laman sosial yang mengikuti instagram milik anaknya walaupun telah diberi amaran.

Rasa kesal itu dikongsikan melalui aplikasi Instagram Story miliknya hari ini dan menyatakan akaun itu hanya dikendalikannya sementara anaknya Mohamed Neyqal Nedim atau lebih mesra disapa sebagai Ney Ney masih kecil dan terpulang kepada anaknya untuk membuka akaun itu kepada umum apabila sudah dewasa nanti.

“Tak payah ikut akaun itu. Itu adalah akaun untuk Ney Ney bila dia dah besar nanti. Tapi ada juga orang yang ‘follow’, mungkin awak tidak berapa bijak dengan otak awak.” katanya dalam Instagram Story berkenaan.

Menurut Nedim, sesiapa yang ingin melihat gambar anaknya boleh ke akaun peribadi usahawan itu, isteri dan sahabat terdekatnya.

Gelagat Ney Ney seperti memakai Ihram yang dimuat naik Bossned meraih perhatian netizen  apabila mengutip 46 ribu likes di instagram dengan kapsyen.

Ney Ney seperti memakai Ihram yang dimuat naik Bossned meraih perhatian netizen  apabila mengutip 46 ribu likes di instagram

Hi Daddy kata insyaAllah umur cukup 1 Year plus kalau ada rezeki nak bawa pergi Umrah ❤️,that’s why Ney Ney testing pakai Ihram.’

Kapsyen itu juga secara tidak langsung menunjukkan hasrat murni Bossned untuk membawa si kecil itu ke tanah suci kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here