Mungkin Russia campur tangan – Trump

0
15


Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (kiri) dan Presiden Russia, Vladimir Putin.

WARSAW: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengakui Russia mungkin campur tangan dalam pilihan raya 2016 yang membawa kepada perlantikannya tetapi berkata negara lain mungkin turut terbabit.

“Saya katakan secara ringkas. Saya rasa berkemungkinan besar ia adalah Russia. Ia mungkin juga negara lain. Saya tidak pasti. Tetapi saya fikir ramai orang campur tangan,” kata Trump ketika lawatannya ke Warsaw.

“Tiada siapa yang benar-benar tahu. Tiada siapa yang benar-benar tahu,” katanya, mencabar agensi perisikan AS yang mengesyaki Presiden Russia, Vladimir Putin mengatur rancangan untuk mensabotaj undi November lalu supaya ia menyebelahi Trump.

Trump berkata demikian pada malam sidang kemuncak G20 di Jerman di mana beliau dijangka bertemu Putin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here