Muriel sah milik Sevilla

0
15



Madrid: Sevilla mencatat rekod perpindahan baru kelab sebanyak 20 juta euro (RM98 juta) selepas mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan Colombia, Luis Muriel dari kelab Itali Sampdoria, umum kelab La Liga itu.

“Sevilla dan Sampdoria sudah mencapai persetujuan yang akan dilaksanakan selepas pemain itu melepasi ujian perubatan dan perjanjian rasmi,” umum kelab itu menerusi laman web mereka.

Pemain berusia 26 tahun itu meledak 13 gol pada saingan Serie A musim lalu.

Kini dia berpeluang untuk beraksi pada saingan Liga Juara-Juara jika Sevilla yang menamatkan saingan liga di kedudukan keempat musim lalu berjaya melepasi pusingan kelayakan. – AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 6:40 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here