Mutiara perit atasi Polis

0
64



Bukit Mertajam: Pasukan futsal Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara) membuktikan tuah berpihak kepada mereka apabila mengalahkan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) dalam perlawanan persahabatan di Alma, baru-baru ini.

Dalam perlawanan itu, IPDSPT yang diketuai Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid tewas 3-4.

Nik Ros Azhan berkata, perlawanan persahabatan yang dianjurkan bersempena Sambutan Hari Polis ke-210 pada 25 Mac lalu itu antara lain bertujuan merapatkan hubungan antara pengamal media dan polis.

“Kerjasama antara media dan polis di daerah ini sememangnya amat rapat dengan media memainkan peranan dalam mendidik serta menghebahkan kejayaan serta maklumat yang mahu kami sebarkan kepada orang ramai.

“Banyak pihak masih belum jelas dengan tugas polis serta cabaran dan halangan dihadapi. Justeru, media memainkan peranan dalam memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai tugas polis malah secara tidak langsung menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here