Myanmar didesak siasat video tentera dera tahanan

0
53


AUNG San Suu Kyi . – Foto EPA

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar perlu menyiasat rakaman video beberapa anggota tentera beruniform memukul tahanan bergari dipercayai pemberontak etnik, kata kumpulan hak asasi manusia, hari ini.

Kemunculan rakaman sebagai pembuka rundingan dengan kerajaan Aung San Suu Kyi dan tentera untuk mengadakan rundingan damai dengan lebih puluhan kumpulan etnik memberontak di ibu negara, dalam usaha menamatkan perang saudara paling lama di negara itu.

Rakaman itu dimuat naik di laman sosial Facebook pada pagi Sabtu dan segera menjadi viral. Antara lain ia menunjukkan beberapa lelaki berpakaian tentera menyepak tiga lelaki awam bergari, sementara sekumpulan besar ditahan di luar rumah di kawasan pedalaman.

Rakaman sepanjang 17 minit itu menunjukkan salah satu insiden seorang lelaki berpakaian seragam menghentam helmet ke muka salah seorang mangsa.

Kumpulan tentera itu secara jelas bertanya lelaki yang bergari sama ada mereka adalah ahli kumpulan Tentera Pembebasan Ta’ang Kebangsaan (TNLA), sebuah kumpulan pemberontak etnik dari utara-timur negeri Shan.

Sehubungan itu, kumpulan hak asasi manusia menggesa kerajaan Myanmar untuk menyiasat sama ada tentera bertanggungjawab. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here