Myanmar siasat video tentera pukul orang awam

0
62


FOTO diambil daripada rakaman video kejadian yang menjadi viral.

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar akan menyiasat kandungan video yang memaparkan anggota tentera memukul, menendang dan menyoal siasat orang awam secara kejam.

Siasatan itu dilakukan susulan desakan aktivis hak asasi manusia yang mahu kerajaan pimpinan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi itu mengambil langkah sewajarnya selepas rakaman video itu menjadi viral.

Dalam rakaman itu, anggota tentera dipaparkan menendang muka seorang lelaki serta mengacukan parang di leher seorang lelaki lain.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia dan kerajaan barat sering mendakwa pasukan tentera Myanmar melakukan penganiayaan, sejak konflik membabitkan pelbagai kumpulan etnik bersenjata bermula beberapa dekad lalu. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here