MYSMEBank pendekkan proses permohonan pembiayaan SME Bank atas talian

0
119
Advertisement

KUALA LUMPUR: Proses permohonan pembiayaan SME Bank dipendekkan kepada 14 hari bekerja dengan sejumlah 41 peratus langkah dalam proses permohonan dikurangkan.

Semua itu dicapai melalui inisiatif terbaharu SME Bank, MYSMEBank, sistem permohonan pembiayaan atas talian di mana usahawan boleh membuat permohonan pembiayaan secara atas talian.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, sistem itu juga bakal memudahkan proses permohonan dan kelulusan serta lebih telus.

“Yang baiknya pelanggan boleh periksa tahap kemajuan permohonan dan jika ada sebarang masalah, ia berada dalam talian dan telus.

“Jika dahulu perlu telefon Bank dan berbagai lagi, kini hanya atas talian. Ini trend satu dunia. Di Malaysia kita mengambil pendekatan bertimbang rasa (dengan mengekalkan urusan di kaunter) kerana masih ada usahawan yang mahu ikut cara lama,” katanya di majlis pelancaran MYSMEBank di sini, baru-baru ini.

MYSMEBank akan turut diintegrasikan bersama sistem sedia ada iaitu Book Your Banker BYB di mana usahawan boleh berhubung terus dengan pegawai-pegawai SME Bank.

MYSMEBank yang merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sudah merekodkan pendaftaran 100 usahawan sejak prapelancaran berlangsung pada 2 Februari lalu.

Sementara itu bagi usahawan yang tidak menepati kriteria permohonan, mereka akan dirujuk kepada Centre for Entreprenuer Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) dan Bahagian Pembangunan Usahawan SME Bank untuk khidmat nasihat dan latihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here