Nabila lebih selesa kongsi perihal kerjaya

0
36


Nabila Huda dan suami, Izwan.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda tidak mahu ada pihak jelak, apabila beliau menayangkan gambar bersama suaminya, Mohd Izwan Johar.

Justeru, bintang Munafik itu lebih selesa berkongsi perkembangan kerjaya beliau di laman sosial.

Enggan mempedulikan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan mengenai status rumah tangganya, Nabila, 32, menegaskan sedari dulu beliau meletakkan batas dalam soal kerjaya dan peribadi bagi mengekalkan privasi mereka.

“Tak mahulah sering berkongsi gambar bersama suami nanti ada pihak yang naik ‘muak’ kerana sering menayang kebahagiaan, namun ia bukan bermakna saya menyembunyikan apa-apa.

“Sekiranya ada masa indah atau saya rasa hendak bergambar bersama suami, jadi adalah. Kalau tidak, saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan teman rapat.

“Kalau diikutkan, saya juga kini lebih gemar meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan suami di rumah. Lagipun, memang sejak dulu lagi saya lebih suka berkongsi mengenai kerjaya,” katanya kepada BH Online.

Nabila dan Izwan, 33, selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada 25 Disember 2015.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Nabila sedang menjalani penggambaran drama rantaian 100 episod arahan Feroz Kadir dan Muhammad Riza yang turut menampilkan Ungku Ismail Aziz, Anzalna, Shah Iskandar, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

Selain itu, beberapa filem lakonannya juga dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here