Nadal berpeluh nak 'lepas' Kukushkin

0
204
Advertisement



LONDON: Keputusan memihak Rafael Nadal dengan kemenangan 6-4, 6-3, 6-4.

Namun ia bukan mudah buat pemain nombor satu dunia dari Sepanyol itu dalam tempoh dua jam setengah untuk melepasi halangan Mikhail Kukushkin di pusingan ketiga Wimbledon.

Juara dua kali berusia 32 tahun itu bergelut untuk menyambut pukulan rendah, mengelirukan dan perlu berdepan 13 kali mata penamat dalam saingan yang berlangsung di Centre Court itu.

Jika Kukushkin berjaya melakukan lebih lagi dari itu, ia pasti akan mendatangkan masalah buat Nadal, yang masih lagi cuba mencari rentak di gelanggang permukaan rumput selepas meraih kejuaraan Terbuka Perancis kali ke-11.

Pemain seperti Lukas Rosol, Steve Darcis dan Dustin Brown – semua mereka pernah menumpaskan Nadal di All England Club sejak dia meraih gelaran pada 2010 dan ia sudah cukup mendatangkan gerun buatnya ketika berdepan Kukushkin.

Dia juga perlu berhati-hati ketika berdepan Kukushkin kerana sebelum ini pernah tumpas di set pertama pada Wimbledon 2014 di pusingan ketiga.

Jdi dia berasa sedikit lega selepas tamat perlawanan berkenaan dan ia adalah kali kedua berturut-turut Nadal mencatatkan kemenangan straight set.

“Ia sangat sukar kerana dia bermain dengan baik sekali dan setiap pukulan yang dilakukan sangat rendah, jadi ia satu ujian yang baik buat saya.

“Saya sangat gembira dapat mara, saya merasakan sudah memberikan permainan terbaik sejak hari pertama. Paling penting adalah anda tidak boleh menyimpan tenaga di kejohanan utama, kerana perlu berikan yang terbaik,” kata Nadal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here