Nadal 'luar biasa' – Del Potro

0
166
Advertisement



Nadal ‘luar biasa’ – Del Potro

LONDON: Juan Martin del Potro menyifatkan jaguh Sepanyol, Rafael Nadal memiliki lebih ‘senjata’ berbanding mana-mana pemain selepas tewas pada pertembungan sengit lima set di suku akhir Wimbledon, awal pagi tadi.

Pemain nombor satu dunia, Nadal menyingkirkan Del Potro 7-5, 6-7 (7/9), 4-6, 6-4, 6-4 selepas bertarung selama empat jam 48 minit di Gelanggang Utama sekali gus mara ke separuh akhir keenamnya di Wimbledon.

Pemain Argentina, Del Potro terjatuh, tersadung, tergelincir dalam cubaannya untuk menghentikan juara dua kali Wimbledon itu sebelum mengharungi kekalahan ke-11 daripada 16 pertemuannya dengan Nadal.

Kekalahan itu mengikuti penyingkiran di separuh akhir kepada Nadal di Terbuka Perancis, bulan lalu di mana dia hanya memenangi tujuh perlawanan.

“Rafa adalah pejuang dan mempunyai permainan yang menakjubkan. Dia layak menang hari ini dan meneruskan kemenangan,” kata Del Potro, 29.

“Saya gembira untuk bermain di tahap ini bermain menentang pemain nombor satu dunia. Saya hampir menewaskannya tetapi saya tidak mampu melakukannya kerana Rafa sentiasa mempunyai kelebihan berbanding mana-mana pemain di jelajah ini.”

Pertembungan di peringkat suku akhir dengan Del Potro adalah yang pertama buat Nadal selepas menamatkan kempen selaku naib juara kepada Novak Djokovic pada 2011.

Nadal yang juga juara 2008 dan 2010 akan bertemu pemenang tiga kali, Djokovic buat kali ke-52 di peringkat seterusnya dengan pemain Serbia itu memiliki rekod lebih baik 26-25.

Selepas Roger Federer disingkirkan oleh Kevin Anderson yang akan bertemu John Isner dalam satu lagi aksi separuh akhir, Nadal dan Djokovic mempunyai peluang terbaik untuk menambah koleksi Grand Slam mereka.

“Maaf kepada Juan Martin, dia adalah lawan dan pemain yang menakjubkan. Pada ketikanya, dia juga layak untuk menang,” kata Nadal yang memiliki 17 gelaran Grand Slam berbanding 12 Djokovic.

“Apa saja boleh berlaku, jadi ini adalah pencapaian yang besar untuk saya apabila mara ke separuh akhir di Wimbledon. Pada set terakhir, semuanya terjadi, mata yang hebat, rali hebat, dia melakukan pukulan kilas yang ‘gila.’ Saya cuba menentangnya dan kekal fokus.” – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here