Nadal raih gelaran ke-11 Terbuka Perancis

0
15
Advertisement



RAFAEL Nadal merekodkan gelaran ke-11 Terbuka Perancis apabila menewaskan Dominic Thiem 6-4, 6-3, 6-2, biarpun mengalami kecederaan pada lewat pertemuan aksi final, hari ini.

Pemain berusia 32 tahun yang juga pemain nombor satu dunia itu kini sudah meraih 17 gelaran Grand Slam, hanya ketinggalan tiga trofi di belakang musuh tradisinya, Roger Federer.

 Nadal mencetuskan kebimbangan apabila terpaksa menjalani rawatan ketika permainan keempat di set ketiga sebelum dia memastikan kemenangan menjadi miliknya.

“”Ia adalah sesuatu yang menakjubkan, saya bermain dengan baik menentang pemain hebat,” kata Nadal.

“”Saya mengalami detik sukar pada set ketiga apabila mengalami kekejangan di tangan. Saya sangat bimbang, tetapi inilah sukan – ia perkara biasa.”

“Merekodkan gelaran ke-11 di sini, ia luar biasa dan sesuatu yang tidak pernah saya fikir.”

 Nadal kini meletakkan namanya sebaris dengan pemain Australia, Margaret Court apabila menjadi satu-satunya pemain meraih 11 gelaran dalam kejohanan utama yang sama.

Kemenangan itu menyaksikan Nadal mencatat 86 kemenangan di Roland Garros dengan hanya dua kekalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here