'Nadira berhati mulia, tidak lokek masa dan wang ringgit' – Rakan

0
80
Advertisement

BEKAS juruhebah radio ERA, Allahyarham Nadira Azizan, dikenali dan dikenang sebagai insan yang jujur, pemurah dan sangat mementingkan nilai persahabatan.

Tidak hairanlah, berita pemergiannya disambut penuh hiba oleh rakan-rakan yang mengenalinya.

Seorang kenalan Nadira dan keluarganya, Ir Meow Shamsudin, melalui beberapa status yang dikemas kini di akaun Facebook, mengimbas kenangan bersama Nadira yang merupakan Pengurus Kandungan THR Gegar,  tidak pernah lokek masa dan wang ringgit untuk turun menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Bukan sekadar menghulurkan sumbangan daripada pihak majikannya, tetapi Nadira dan keluarganya turut sama memberikan sumbangan peribadi mereka.

Nadira merupakan antara penyampai terawal di Era FM, ketika stesen radio berkenaan mula beroperasi pada tahun 1998.

Nadira, 41, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi pada 7.10 pagi hari ini.

Allahyarham dimasukkan ke hospital Isnin lalu meninggalkan suami, Hasrul Rizal Hassan dan lima anak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here