Nafkah: 'Sudahlah tak dipedulikan, duit bulanan pun nak dikurangkan' – Elly Mazlein

0
10

PENYANYI Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya, pengarah drama Azmi Hatta, yang memohon pengurangan nafkah anak mereka, Sefhia, daripada RM1,500 kepada RM500 di mahkamah semalam.

Elly menerusi luahannya di laman Instagram (IG) mendakwa nafkah sebanyak RM500 sebulan tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini.

Bintang Gegar Vaganza 3 itu bagaimanapun tidak akan mengalah dan terus mempertahankan hak anaknya.

Berikut merupakan luahan yang ditulis:

“Hasil majlis sulh hari ni..

Azmi Hatta ingin mengurangkan nafkah Sefhia dari RM1,500 ke RM500..

Sebelum ini perintah Mahkamah sudah tetapkan Duit persiapan raya Sefhia adalah RM1,500 (TUNAI).. Sekarang dia nak ubah dan ikut dia nak bagi berapa pun dan pasang impian utk mmbawa sefhia keluar membeli belah persiapan raya sedangkan sefhia x kenal bapanya siapa..

Duit persiapan raya hari tu pun tak dibayarnya.. tak apa Sayang Sefhia, mama akan lawan atas sebab ingkar perintah Mahkamah..

RM500 ?

Kesian anak mama, Sefhia.. x mengapa wahai anak .. mama akan lawan wahai anak .. mama akan lawan sampai mendapat hak kamu ,wahai anak .. kecewa mama ni anak .. sampai mcm ni sekali orang berkira dengan kamu wahai anak.. sudahlah tidak di peduli .. sekarang ni duit bulanan pun nak di kurangkan..

Mama tak akan putus asa .. mama akan berjuang apa saja demi mu wahai anak..
Kita sabar & usaha ya anak.. ya mama penat dgn semua ni tp sikit pun mama x akan mengalah apa saja berkaitan dgn mu wahai anak..

Putri Sara Sefhia.. mama sayang kamu, nak ..”

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here