Nahas bongkar 1/2 tan ganja

0
230
Advertisement



QUITO: Nahas bas pelancong yang membunuh 23 orang membawa kepada penemuan sekurang-kurangnya setengah tan ganja disorokkan dalam lantai kenderaan berkenaan.

AFP melaporkan, hampir 600 peket dadah dibungkuskan dalam plastik itu ditemui anjing pengesan dalam bangkai bas yang kemalangan pada Selasa lalu berhampiran Quito apabila merempuh kenderaan pelbagai permukaan sebelum melanggar tiga rumah.

Seramai 22 lagi penumpang turut cedera dalam kejadian itu.

Daily Mail memetik pendakwa di Colombia berkata, 19 daripada 23 mangsa nahas itu adalah rakyatnya dan mendakwa, 80 kilogram kokain ditemui dalam bas itu. Bagaimanapun, pendakwa Ecuador Ruth Palacios menegaskan penyiasat cuma menjumpai ganja.

“Pihak berkuasa Ecuador akan menyoal 22 penumpang yang cedera – kebanyakannya rakyat Colombia – untuk menentukan siapa bertanggungjawab,” katanya.

Seorang daripada dua pemandu bas berkenaan yang cedera dalam kejadian itu turut ditahan untuk siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here