Najib lebih cekap dari Kit Siang, kata Salleh Keruak

0
55



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah jauh lebih cekap daripada Lim Kit Siang dalam gerak langkah percaturan politik pada masa ini, kata Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“PM dengan bijak telah membaca dan menganalisa terhadap cara permainan dan percaturan politik yang dibuat oleh parti DAP.

“Beliau tahu bahawa Kit Siang sangat takut jikalau orang Melayu tahu DAP paling berkuasa dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dan DAP yang buat keputusan penting ataupun ‘last word’.

“Maka sebab itulah DAP mengalakkan parti Melayu contohnya BERSATU yang hanya miliki satu kerusi Parlimen untuk mempamerkan cita-cita mereka menjadi perdana menteri,” kata Salleh dalam blognya.

Ia, jelas beliau yang juga menteri komunikasi dan multimedia, adalah strategi DAP untuk mempamerkan ‘muka Melayu’ sebagai propaganda politik.

Sebab itu jugalah, tambahnya, Najib lebih layak untuk memimpin negara daripada Kit Siang.

Sebelum ini, Salleh pernah menegaskan bahawa Kit Siang banyak menguasai Pakatan serta menentukan apa yang berlaku dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lebih sekadar menjadi alat.

Menurutnya, kebanyakan Melayu dalam DAP hanya digunakan sebagai maskot untuk memancing pengundi Melayu, sedangkan hakikatnya kedua-dua mereka tidak mempunyai suara dalam pakatan kerana masing-masing bukan anggota Parlimen.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, DAP akan menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika HARAPAN ambil alih Putrajaya.

“Ini adalah atas sebab DAP mempunyai kerusi Parlimen yang terbesar dalam HARAPAN. Kedudukan DAP dalam pakatan sama seperti kedudukan Umno dalam BN, maka sebab itu, Umno menduduki jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

“Amalan ini adalah konvensyen politik tanahair. Maka atas dasar inilah, perdana menteri mengatakan pada Disember 2016 bahawa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebenarnya adalah bagi rakyat Malaysia untuk memilih antara “kerajaan pimpinan Umno” atau “kerajaan diterajui DAP”,” ujar Salleh lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here