Nak jumpa Dr Mahathir di China

0
200
Advertisement



WARIS dan saudara mara penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Malaysia ke Beijing empat tahun lalu menuntut supaya dibenarkan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa lawatan beliau ke China minggu depan.

Pesawat membawa 239 penumpang dan anak kapal, kebanyakannya dari China itu hilang pada Mac 2014 ketika sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kira-kira 12 saudara mara dan waris penumpang berhimpun di hadapan Kedutaan Malaysia di sini bagi menyerahkan surat yang dialamatkan kepada kerajaan Malaysia sambil dikawal ketat pihak polis.

“Kami meminta Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir atau wakil kerajaan lain bertemu dengan waris penumpang rakyat China yang berada dalam penerbangan MH370 semasa lawatan beliau minggu depan,” kata surat itu.

Dr Mahathir yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua dalam kejayaan mengejutkan pilihan raya Mei lalu dijadualkan tiba di China esok bagi memulakan lawatan lima hari, termasuk sesi pertemuan dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang Isnin depan.

Antara permohonan lain termasuk menyambung misi mencari, pertemuan bulanan dengan MAS dan pegawai kerajaan Malaysia serta penjelasan menyeluruh oleh penyiasat berhubung laporan siasatan terkini insiden terbabit.

Surat yang sama turut diserahkan kepada Kementerian Luar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here