Nak sangat 'selfie' dengan kereta api, itu padahnya!

0
20
Advertisement

TERUJA untuk berswafoto hingga abai keselamatan diri.

Visual seorang pelajar berusia 25 tahun dari Borabanda di Hyderabad, India yang cuba berswafoto di atas landasan Stesen Keretapi Borabanda menjadi tular selepas dia dilanggar kereta api ketika merakamkan video tersebut.

Dalam kejadian Ahad lepas, R. Shiva Kumar berdiri terlalu hampir dengan landasan Begumpet – Lingampalli dan mula merakamkan video swafotonya walaupun tren MMTS laju menghampirinya, jelas pihak berkuasa kereta api South Railway Central dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“Shiva boleh dilihat sedang merakamkan video sambil menuding ke arah kereta api yang datang dari belakang walaupun dengan jelas amaran diberikan kepadanya.

“Siva sebaliknya mengendahkan amaran tersebut sambil terus merakam dan mengatakan ‘satu minit’,” ujar kenyataan itu.

Dia dilanggar di sebelah kanan dan mengalami kecederaan di kepala.

 

Malah Siva juga didakwa di mahkamah dan didenda 500 Rupee.

Berswafoto di landasan kereta api adalah satu kesalahan di India dan boleh didakwa di bawah seksyen 147 Akta Keretapi 1989 yang memperuntukan hukuman  penjara sehingga enam bulan selain penalti sehingga 1000 Rupee dan di bawah seksyen 145 Akta Keretapi, 1989 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan serta penalti 500 Rupee jika sabit kesalahan.

Swafoto sambil berdiri di hadapan kereta api menjadi trend maut di India.

Pada Oktober 2017, dua kejadian dilanggar kereta api berbeza berlaku melibatkan tiga remaja dilanggar kereta api ketika cuba mengambil gambar di Karnataka manakala dua remaja lain terbunuh semasa berswafoto di laluan keretapi di Delhi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here