Nak terbit album ketiga

0
47



Nama Bebe Rexha mungkin masih asing bagi pencinta muzik di negara ini meskipun lagunya kerap diputarkan stesen radio tempatan.

Penyanyi In The Name of Love ini juga penulis lagu dan mempunyai lebih 2.5 juta pengikut di laman sosial Instagram.

Sejak memulakan karier seninya lapan tahun lalu, pemilik nama sebenar Bleta Rexhaini sudah menulis lagu hit bagi beberapa penyanyi popular antaranya Eminem, Rihanna dan Selena Gomez.

Februari lalu, Rexha mengeluarkan album kedua All Your Fault: Pt 1 yang memuatkan enam lagu termasuk single hit radio, I Got You dan Bad Bitch.

Penyanyi berusia 27 tahun itu enggan menunggu lama untuk memperkenalkan album ketiga berjudul All Your Fault: Pt 2 yang dijangka dilancarkan sekitar bulan ini.

Anak seni kelahiran Amerika Syarikat ini juga dikhabarkan bakal berkolaborasi dengan anggota kumpulan One Direction, Louis Tomlinson.

Selain karier seninya, penampilan serta kecantikan bintang ini sering menjadi perhatian pengikutnya.

Berkongsi tip penjagaan rambut yang kerap diwarnakan, Rexha memberitahu dia menggunakan minyak kastor bagi mengekalkan kecantikan mahkotanya itu.

“Saya selalu membawa sebotol minyak kastor dalam beg. Minyak itu boleh dibeli dari laman web Amazon dan saya mencampurkannya dengan sedikit minyak Mint,”katanya.

Bagi mereka yang berasakan cara ini melecehkan, penyanyi itu berkata dia turut menggunakan masker rambut Bumble and Bumble.

“Produk ini memang menakjubkan dan saya sudah beli tiga botol.

“Saya pernah mencuba banyak produk tetapi ini adalah yang terbaik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here