Namaku Adibah Asian Games

0
283
Advertisement



BAYI perempuan dinamakan Adibah Asian Games selepas dilahirkan pada hari sama majlis pembukaan Sukan Asia 2018, semalam.

“Puteri saya ini lahir semalam pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang iaitu sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” kata bapa Adibah, Yordania kepada detikSport semalam.

Yordania, 38, berkata, selepas kelahiran anak keempatnya itu dia dan isteri, Veranova merancang untuk menamakan anak mereka itu sempena Sukan Asia.

“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games tetapi selepas berbincang dengan keluarga kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games,” jelasnya.

Ujarnya, Veranova sebenarnya dijangka bersalin pada 12 September ini tetapi pada pagi semalam tiba-tiba isterinya mengadu sakit.

“Selepas solat Asar isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik.

“Saya berharap pemberian nama ini memberi kebaikan kepada puteri saya lebih-lebih lagi kini ada ribuan atlit berjuang dalam Sukan Asia ini,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here