Nasib baik abang RELA suruh turun

0
67



Melaka: Tindakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengarahkan seorang pemandu Perodua Myvi dan dua rakannya turun selepas menahan kenderaan itu menyelamatkan mereka daripada rentung apabila kereta terbabit terbakar dalam kejadian di Jalan Hang Tuah, di sini, malam kelmarin.

Anggota RELA Asmad Elias yang bertugas di bazar Ramadan Hang Tuah Mall, di sini, berkata rakannya yang bertugas
di persimpangan Jalan Tun Ali melihat api kecil
di bahagian tayar kiri hadapan kereta Perodua Myvi itu ketika berada
di atas Jambatan Hang Tuah jam 10.45 malam.

Menurutnya, rakan terbabit bertindak menahan kenderaan itu sambil pemandunya berusia 30-an dan dua rakannya turun dengan segera bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

“Api mula marak sebaik enjin kereta dimatikan ketika mereka berhenti bersebelahan khemah
di bazar Ramadan terbabit.

“Melihatkan kebakaran itu, orang ramai membanjiri bazar terbabit cuba membantu memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api dari restoran berhampiran, namun api semakin marak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II Norazmir Othman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11 malam sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi tiga minit kemudian.

“Kami mengawal api dalam masa dua minit, namun kebakaran memusnahkan 70 peratus kereta itu. Kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran dalam siasatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here