Natasha pertahan rekod juara

0
68



Petaling Jaya: Pemain bowling kebangsaan Natasha Roslan mengekalkan kejuaraannya dalam acara Masters Kejohanan Bowling Kebangsaan manakala Kang Bo Long muncul juara kategori lelaki di Sunway Megalanes, semalam.

Natasha, 21, yang menyamai rekod Shalin Zulkifli apabila mempertahan kejuaraannya dalam dua edisi kejohanan berkenaan menewaskan pemain pelapis kebangsaan Nur Amirah Auni Azman, 207-204 pada peringkat akhir stepladder.

“Kemenangan ini amat bermakna buat saya kerana ini kali pertama saya berjaya mempertahankan kejuaraan,” katanya.

“Selepas ini banyak yang perlu saya perbaiki untuk balingan mantap pada masa yang tepat untuk meningkatkan permainan.

“Persembahan saya pada dua kejohanan sebelum ini di Thailand dan Jerman kurang memuaskan jadi saya bertekad untuk bangkit semula.

“Bagi saya kejohanan ini sangat penting kerana pemilihan skuad kebangsaan akan diadakan Jun ini.”

Bo Long dari MBPJ pula menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan pemain Sunway Megalanes Jonathan Chan 172-154.

“Saya sangat gementar namun cuba bersikap tenang dan teruskan perlawanan,” katanya yang pernah mewakili skuad kebangsaan sebelum meninggalkannya pada 2010.

“Pada masa sama, Jonathan juga berdepan masalah jadi saya bangga dapat menewaskannya.

“Saya tidak sangka dapat muncul juara kerana tidak meletakkan sasaran tinggi. Untuk saingan hari ini, saya hanya tumpukan perhatian kepada permainan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here