Nazifuddin tak guna duit kerajaan

0
324
Advertisement



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menanggung kos lawatan peribadi Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Nazifuddin Najib ke Russia untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia, Ahad lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata beliau sudah melakukan pemeriksaan dan mendapati anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit tidak menggunakan sebarang dana MOM atau duit kerajaan untuk ke sana.

“Saya sudah periksa dengan MOM. Beliau ke sana atas kapasiti peribadi. MOM dan KBS tidak bayar untuk perjalanannya,” kata Syed Saddiq menerusi Twitter miliknya sebentar tadi.

Isu berkenaan timbul selepas Nazifuddin memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau ke Russia untuk menyaksi perlawanan akhir antara Perancis dan Russia di Stadium Luzhniki, Moscow, di laman Facebook miliknya sehingga mengundang kritikan dalam kalangan pengguna media sosial termasuk cef selebriti, Datuk Redzuwan Ismail atau Cef Wan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here