Neelofa, satu-satunya hijabista Malaysia hadiri Victoria's Secret Show

0
15

SHANGHAI: Neelofa menjadi selebriti pertama Malaysia yang dijemput menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret di Shanghai semalam.

Neelofa berkongsikan keterujaannya dan suasana pertunjukan fesyen itu di akaun Instagram miliknya.

Di majlis itu, Neelofa anggun mengenakan gaun hitam dengan gaya tudung berbeza.

Pertunjukan fesyen Victoria’s Secret merupakan antara acara yang dinanti-nantikan setiap tahun dan digelar sebagai pertunjukan paling seksi di dunia.

Ini merupakan pertama kali Victoria’s Secret mengadakan pertunjukan fesyen di China dan julung kali diadakan di luar Amerika Syarikat dan Eropah.

Acara tersebut turut menampilkan tujuh orang model yang digelar ‘angels’ dari China.

Antara 55 supermodel yang memperagakan rekaan Victoria’s Secret kali ialah Candice Swanepoel, Bella Hadid, Adriana Lima dan ramai lagi.

Kebanyakan rekaan mengambil inspirasi Cina dan yang paling mendapat perhatian ialah rekaan ‘Fantasy Bra’ yang berharga lebih 2 juta dollar dan diperagakan model Brazil, Lais Ribeiro.

Pertunjukan ini hanya dihadiri oleh jemputan khas sahaja dan Neelofa menghadiri acara itu sebagai duta telefon pintar Oppo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here